3 series. Alhamdulillah..
Syukur keranaMu aku masih disini.
Syukur keranaMu aku masih ada peluang memperbaiki diri
Syukur keranaMu aku masih dapat bersama mereka-mereka yang aku sayangi
Terima kasih Allah
3 series. Alhamdulillah..
Syukur keranaMu aku masih disini.
Syukur keranaMu aku masih ada peluang memperbaiki diri
Syukur keranaMu aku masih dapat bersama mereka-mereka yang aku sayangi
Terima kasih Allah
Warning: Spoiler alert.
Ini adalah pendapat saya semata-mata, bukan bertujuan untuk mempengaruhi mana-mana pihak. Saya mencadangkan anda untuk menontonnya sendiri untuk mendapatkan pengalaman sebenar tentang filem ini.
Saya siap mengambil cuti semata-mata untuk menjadi antara mereka yang terawal menonton filem ini. mungkin kerana harapan yang saya terlalu tinggi, saya berasa sangat kecewa kerana filem ini tidak seperti yang saya jangkakan. Malah, saya rasa seperti dipermain-mainkan pula. Cewah, ayat macam putus cinta pulak. Poyo betul :p
Anyway, ada beberapa benda yang menyebabkan saya sedikit ralat.
1. Adegan yang berulang. Mungkin kerana saya menonton secara kritikal, maka saya perasan dengan perkara ini.
2. Skrip yang meleret dan terlalu moden. Tidak sesuai dengan keadaan masa filem ini.
3. Personaliti watak filem ini. Seperti ada lompong. Malah sehingga sekarang saya tidak nampak siapa merong mahawangsa yang sebenar melainkan penjaga putera raja rom dan raja kaumnya.
4. Prop yang terlepas pandang. Pada pandangan saya yang bukan orang filem ini, ketua pawang kumpulan geruda sepatutnya memakai head gear burung, instead of harimau. Harimau pun nampak murah. Kalau dapat head gear kepala harimau yang sebenar, bukan yang dilukis, mungkin lebih meyakinkan.
5. Terlalu banyak penggunaan CGI. Siapa-siapa yang menonton sehingga penghujung, pasti setuju. Endingnya buat kita akan cakap “eh? Mcm tu je ending?” LOL!
Dah. Cukuplah kot. Tak dapat mengelakkan diri dari membandingkan filem ini dengan filem hollywood. Malah kalau boleh, saya mahu katakan yang Puteri Gunung Ledang adalah lebih bagus. Mungkin kerana kekurangan dana. RM8 juta dan RM20 juta adalah perbezaan yang sangat jauh.
Walaubagaimanapun, saya tabik kepada KRU kerana berani membuat filem ini. Malah promosi juga bagus. Hari-hari dengar lagu sedetik lebih nyanyian anuar zain tu pun takpe. Hehehe.
Lupa nak cakap. Saya hampir tertidur ketika menonton.
Saya percaya setiap orang dikurniakan kelebihan dan keistimewaan masing-masing.
Saya juga percaya setiap permata itu bila digilap selalu, ia akan menjadi bertambah bersinar.
Begitu juga dengan manusia. Tidak ada sesiapa pun yang sempurna. Namun sekiranya kita tidak berputus asa dan terus berusaha, insyaAllah kejayaan itu pasti akan tiba.
Ye, jangan mual. Saya sudah banyak jumpa dengan orang yang tidak percaya dengan kelebihan diri sendiri. Saya juga begitu. Seringkali saya melakukan sesuatu berdasarkan gerak isi hati. Namun ada ketikanya, kita perlu gunakan otak kerana ada kalanya hati tidak selalu betul.
Oh. Ini bukan kata-kata motivasi seorang ahli MLM. Hehe. Saya kadang-kadang rasa mahu berbual dengan diri sendiri. Lebih kepada motivasi untuk diri sendiri.
Semua orang juga perlukan kata-kata semangat untuk jadi lebih positif kan?
We korek-korek the store that day to find some things that we could put inside the goodie bags.
Then we found these…
bunch of condoms!
one whole bag!
kinda weird. because we are doing awareness for something else.. definitely not related to sex.
then my colleague told me the condoms were given by a doctor from a hospital, so that we can distribute to the communities in rural area since she often goes to those areas for some empowerment program. konon untuk komuniti guna untuk birth control.
tapi macam silap kan. should give to foundations yang memang berkaitan dengan perancangan keluarga ni. haha.
apa-apalah.
i just knew that we cannot distribute condoms secara terbuka. but you can take it if let say i put in on the table. meaning that you take it because of your will, bukan sebab orang lain bagi.
anyway, the condoms dah expired pon. so don’t ask me if you want free condoms. haha.