landaklaut.com
  • Entries
  • Comments
  • Popular
Recent Posts
  • February 2012
  • January 2012
  • December 2011
  • November 2011
  • October 2011
  • September 2011
  • August 2011
  • July 2011
  • June 2011
  • May 2011
  • April 2011
  • March 2011
  • February 2011
Recent Comments
  • tuan tanah Ada satu lagi, aku jumpa dalam FB: Kenapa kita sebut 'shut u...
  • landaklaut Haaa apa lagi cepat2 turun kl!! Hahahaha...
  • izadamza aaaaaaaaaaa..you make me crazy la sis. sumpah nak jejak sana...
  • landaklaut Hi Hana, Heheheh ok. Aku cadang nak pegi nxt week lepas dpt...
  • hanakirana Btw. kalau lah kau terjumpa buku2 lama yang best2, toloooong...
Popular Articles
  • Griffiths Coffee~ (6)
  • I found a treasure~ (5)
  • Lunch at Chawan~ (2)
  • At last...~ (2)
  • City Park Seremban 2~ (2)
  • Home
  • About Me
  • suprise!
May 30

Wajah baru, rasa tetap sama~

Posted by landaklaut on May 30, 2011 in food | 0 comments

Wohh dah berminggu-minggu mengidam nak makan ayam penyet dekat rumah ni. Tapi haritu tutup sebab renovate. Sekarang dah bukak, rasa gembira! Hehehehe.


Menu pun dah baru. Sekarang dah ada makanan baru jugak. Ala-ala kopitiam style.


Aku tengah duduk kat dalam sebab ada aircond heheheh. Sekarang style outdoor kan. Kerusi dan meja pun dah baru.


Suka dengan decoration dia. Ada gambar-gambar rumah dan pemandangan dari indonesia. Sangat mengimbau.


Gambar rumah minangkabau.

Aku tak ambil gambar makanan sebab memang tujuan nak tunjuk rupa kedai yang dah cantik ni. Makanan tetap rasa sama. Tetap berkualiti. Rasa nak makan meatball? Orderlah bakso. Pasti dijamin halal! Sebab ada sijil halal please thank you.

Kedai Ayam Penyet AP terletak kat bandar sri permaisuri, sebaris dengan restoran Kayu nasi Kandar. Kalau ada kelapangan, datang le sini.

Ok tu je. Bye!

- Posted using BlogPress from my iPhone

May 26

Takut hantu ke takut tuhan?~

Posted by landaklaut on May 26, 2011 in annoyed, Filem, takde motif | 0 comments

“Encikkk.. Boleh tolong saya encikk?”

Iskhh.. Terngiang-ngiang pulak dialog ni dalam kepala aku. Musibat betullah..

Tadi aku gi tengok Karak. Nak sangat tengok, sebab semua kerja and takde sapa nak teman, aku pegi lah tengok sorang-sorang. Takdelah sorang, ramai laa orang dalam wayang tu. Tapu aku pegi sorang lah. Disebabkan aku paranoid duduk sebelah orang aku tak kenal dalam gelap, jadi aku beli dua tiket dan duduk di couple seat. Siap letak beg kat seat kosong dengan harapan takde hantu duduk situ. Hahaha apakah kenyataan aku ni? Ah abaikan je please.

Anyway back to Karak. Aku malas nak tulis sinopsis dia lagi. Korang pergilah google sendiri tengok kat website lain. Tapi bagi aku part yang seram cuma yang awal-awal je. Yang lain tu seram jugak. Tapi tak seseram yang awal-awal. Yang pasal laki bini yang kereta rosak kat tepi jalan, then laki dia pergi cari orang tolong. Lepas tu ada polis lalu, berhenti dan suruh bini dia keluar kereta tapi jangan toleh belakang. Babikklahh itu memang tak boleh belahhh!!!

Dan lepas tu darjah keseraman aku mula kendur sedikit demi sedikit. Sebenarnya lebih pada rasa sedih dan takut.

Bukan takut pada hantu. Tapi pada tuhan.

Sedih sebab ada satu ayat dalam cerita tu.. “jangan tahu hafal je, tapi tak tahu makna.” Takut sebab rupanya bila dengan hantu, kita lebih takut daripada tuhan.

Sedangkan tuhan itu maha berkuasa. Hantu itu makhluk tuhan juga. Hanya syaitan yang cuba menyesatkan manusia.

Aku rasa malu dengan diri sendiri. Selama ni baca ayat al-quran, aku tak pernah cuba memahami makna disebalik ayat-ayat itu. Ye, kadang-kadang aku baca juga terjemahannya. Perangai ini dapat dari teman dari sekolah dulu. Dia suka baca translation al-quran di waktu lapang berbanding buku lain.

Ya Allah. Terasa kerdilnya aku bila dibandingkan dengan mereka-mereka yang memang memahami, mengingati dan mempraktikkan apa yang ada dari al-quran itu.

Sebenarnya bila cakap pasal takut, ada satu scene dimana watak zura tu baca ayat qursi. Sesiapa yang pernah baca kisah-kisah, mesti pernah baca tentang Syaitan mengajar Abu Hurairah ayat Qursi. Kalimat ini seharusnya dibaca sebelum tidur. Semoga kita dilindungi Allah dari gangguan syaitan sehingga pagi.

Aku pernah kena kacau masa tidur. Aku tengah tidur, then kena kacau. Tak ingat macam mana kejadian tu. Tapi aku paksa diri untuk baca ayat Qursi. Aku boleh rasa ‘benda’ tu tersengih-sengih tengok aku. Tengah-tengah ayat tu, tiba-tiba ‘benda’ tu cakap kat aku, “kau kan tengah period. Mana boleh baca ayat tu.”

Menggelodak terus jantung. Rasa macam nak pecah sebab berdegup laju. Tapi aku baca jugak sampai habis. Sampai aku rasa air mata aku keluar. Padehal aku tengah tidur masa tu. Tak tahu sama ada air mata tu air mata takut atau air mata marah.

Aku tak ingat macam mana aku sedar. Sama ada cuz kejutkan atau aku terjaga sendiri.

Alhamdulillah setakat ni aku belum pernah bertembung dengan hantu. Minta dijauhkan. Sekuat mana aku cuba kuatkan semangat, aku belum kuat iman lagi untuk menghadapi diorang secara berdepan seorang diri.

Jadi dalam movie Karak tu, Zura hadapi hantu-hantu tu seorang diri dengan bantuan Tok Malam yang dok bagi semangat pada dia.

Berjayakah dia selamatkan kawan-kawan dia yang lain? Ending yang tak terjangka. Korang pergilah tengok.

Oh, sheira ayoub boleh pergi jauh. Harap-harap zahiril boleh bagi tunjuk ajar lagi. Shahir ok je, along memang pandai berlakon. Kilafairy pun ok je. Bibir dia memang terjuih camtu. Orang cakap bibir terjuih maknanya masa kekecik dulu dia pakai puting sampai besar. Mesti selalu kena ejek. Sekali dah besar orang kata bibir seksi. Kompius tak??

Oklah itu saja. Panjang cerita kali ni. Kalau ada kesempatan, pergilah tengok. Kalau tak, tunggulah DVD. Aku memang recommend peminat cerita hantu tengok movie ni.

Bye!

- Posted using BlogPress from my iPhone

May 26

4 minit jerr~

Posted by landaklaut on May 26, 2011 in food | 0 comments

Kadang-kadang kalau kat ofis atau kat rumah masa tengah-tengah sibuk buat kerja, aku nak berhenti nak makan pun macam susah. Susah sebab:
1. Aku kena berhenti di tengah jalan aku tengah buat kerja tu untuk makan.
2. Untuk prepare makan, ambil masa agak lama.
3. Kalau malas masak, pegi beli je senang. Tapi kena siap-siap keluar, drive, beli, balik, makan. Koman2 satu jam.
4. Mee segera senang. Tapi tak berkhasiat dan muak jugak kalau makan hari-hari.
5. Mcdonald’s kadang-kadang lambat. Aku dah maki berbakul-bakul baru sampai.
6. Dominos ok. Tapi kalau tengah-tengah malam buta, kau nak cari Dominos celah mana bedah oii??

Jadi aku jumpa satu solusi yang best. Hanya perlukan sebuah peti sejuk beku dan sebuah ketuhar gelombang, atau nama omputihnya microwave.

Masa yang diperlukan : 4 minit sahaja.

Mari saya kenalkan kepada anda semua….


Sri Kulai Frozen Food! Ta-daa!!
Kenapa aku kata produk ni lain? Sebab rasa dia memang sebijik macam masak sendiri. Ok tipu masak sendiri tu. Tapi rasa dia sedap macam beli nasi lemak rendang ayam kat makcik nasi lemak tepi jalan tu.

Mari kita tengok bagaimanakah rupa makanan ini.. Jeng jeng jeng..


Masih berbungkus dalam plastik lagi bagi mengekalkan kesegaran dan kualiti makanan.

Lepas buka plastik, tak boleh makan terus. Sebab beku lagi. Kang kau gigit-gigit nasi semuanya keras.

So mari kita panaskan selama 4 minit.


4 minit je.

Hasilnya…


Complete dengan ikan bilis, kacang, sambal dan rendang ayam.

Jangan risau ayam dia tulen bangg.. LOL. Meh tengok rupa dia.


Tak kedekut ok. Kalau makcik nasi lemak, ayam kadang-kadang kecik cinonet je.

Memang kenyang beb. Memang cukup kuantiti dia.

Tapi ( ye tiada yang 100% perfect ye dalam dunia ni), dia kureng sikit dari segi:
1. Takde telur rebus
2. Takde timun
3. Ikan bilis rasa blergh!
4. Kalau disertakan dengan sudu garfu lagi bagus. Sesuai utk orang yang nak berjalan jauh.

By the way, produk Sri Kulai ni harga dia dalam RM5.60 camtu masa aku beli kat Tesco. Lebih kurang la.

Produk ni ada jugak beberapa makanan yang lain. Contohnya kari ayam, dim sum dan sambal udang. Korang boleh tengok kat website diorang kat SINI .

So sekarang senang sikit nak buat kerja kan? Kadang-kadang nak berhenti tengah-tengah buat kerja dalam masa yang lama akan ambil masa yang lama juga nak panas balik.

At the same time, sapa-sapa yang ada anak, anak boleh sediakan sendiri. Takdelah mak nak risau anak pandai guna dapur gas atau tak kan.

This product can be found kat area sejuk beku di pasaraya hypermarket terdekat. Kalau takde, boleh tengok kat website diorang kat mana boleh beli.

Ok itu sahaja. Selamat menjamu selera! :)

Oh, lupa pulak. It’s Halal ye. Ada logo Jakim :) .

Bye!

- Posted using BlogPress from my iPhone

May 22

Spize spicy spize~

Posted by landaklaut on May 22, 2011 in food | 0 comments

Semalam pusing-pusing satu kl tak tahu nak makan apa. Last-last pusing balik dan akhirnya ke bandar sri permaisuri. Kafe ni sebelum ni restoran SGA. Lepas tu tukar management, tukar menu dan nama dia sekali.

Kedudukan dia sebelah Satay Station dekat area Dwi Tasik. Nama kedai ni Spize.

Mula-mula ada orang tu skeptik habis. Hehehe. Yelah sebab kedai baru kan. Tapi bila tengok menu, not bad lah. Harga pun ok. Makanan dia pun ada kualiti.

So antara yang dipesan:


Mango Lassi. Ada laici surprise kat dalam tu. Hehehe.


Spize fried rice kot nama dia. Ada sate. Rasa dia pedas2 camtu.


Nasi goreng amoy. Nasi goreng cina la ni hehehe. Ada dua ketul popiah goreng. Yang ni cuz punya.

Cuz order air teh ais. Cawan pun menarik. Buat aku teringat botol isi mayonis. Lol.

Sapa-sapa yang nak bershisha, kat sini pun ada.

Sesuai juga kalau nak buat majlis gathering, makan bersama keluarga dan juga client.

Kedai ni dibukak antara jam 12pm hingga 12am.

Aku lupa nak ambik gambar kedai. Sorry u’olls. Nanti aku amek ok.

- Posted using BlogPress from my iPhone

May 18

aku kupas sebiji-sebiji~

Posted by landaklaut on May 18, 2011 in takde motif | 0 comments

dulu, masa lepas SPM.. (dulu la.. dah berbelas tahun yang lampau. hahaha..), aku adalaa buat kerja-kerja part time ni. salah satu daripadanya ialah kerja kat kiosk jual makanan ringan i.e: air, aiskrim dan jagung dalam cawan. gaji aku sikit je time tu rm2.50 je sejam. which is affordable at that time as a school leaver lepasan SPM dan gaji bulanan dekat rm400. okla tu.

so haritu aku ada baca post Obefiend pasal mesin kupas jagung ni (boleh baca kat sini),

mesin pengupas jagung

teringat aku kat sorang customer aku tu.

antara soalan yang popular ditanya adalah, “dik, macam mana jagung ni boleh jadi sebiji-sebiji camni?”

aku jawab, “oh saya kupas sebiji-sebiji kat belakang kak. tu yang jadi sebutir-sebutir camni”.

……

ok, aku tipu.

yang sebenarnya, ada orang datang selang tiga hari hantar peket-peket jagung yang dah berkupas sebiji-sebiji tu. jadi sebenarnya aku pun tak tahu camana diorang kupas.

mak mertua aku kupas pakai pisau rasanya.

kalau korang malas, boleh beli mesin pengkupas jagung iteww..

ok itu saja entri back to the past aku. bye!

« Older Entries

kaunter pertanyaan~

Disclaimer

segala yang tercatat di dalam blog ini adalah pandangan semata-mata dari saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. sekiranya anda mahu mengcopy-paste mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali kepada blog ini. sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada landaklautdotcom [at] gmail [dot] com. terima kasih.

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Kotak Menjerit!


ShoutMix chat widget

foot print~



to keep this blog alive ^0^~




feedjit~

Designed by Elegant Themes | Powered by Wordpress