Sebagai penduduk tegar Seremban (eh poyo je bunyi hahahha), taman tasik seremban memang sangat sinonim dengan kami.
Tapi sejak seremban 2 dibuka, tumpuan telah beralih arah kepada City Park. Walaupun panas dan tak banyak pokok, dan tak berapa besar berbanding Taman Tasik Seremban, tapi keadaannya lebih teratur.
So setelah sekian lamanya, hari ini bawak meg test drive kereta kancil (baru dapat lesen). Oklah taknak kasi dia gabra. Macam aku dulu, confirm gabra kalau mak aku duduk kat sebelah. Hahahah. So pergilah ke City Park. Oklah not bad. 2nd time bawak, boleh dimaafkan lagi.
Kat City Park Seremban 2, korang boleh main layang-layang, bagi ikan makan, jogging, main playground, main skateboard, main basketball, main badminton dan macam-macam lagi la. Macam aku cakap tadi, sebab tak banyak pokok and tempat dia lebih open.
Ni ada beberapa gambar yang kitorang ambik tadi..






Oh layang-layang yang sederhana besar harga dia rm12 satu. Aku tak taula sama ada tempat lain lagi murah ke apa. Takpela. Bukan nak beli borong kan n nak pakai hari-hari. Orang tu siap tolong lari-lari naikkan layang-layang ni untuk kitorang. Hehehehe. Bagus btul servis.
Oh kalau nak bagi ikan makan, diorang ada jual roti. Rm5 untuk 3 bungkus kot tak silap aku.
So sapa-sapa turun seremban saja nak singgah city park ni, nah aku letakkan map ke sana.

Ok itu saja. Sekian cerita hari pekerja saya. Selamat hari pekerja kepada yang sudah bekerja yeah. Bye!!
- Posted using BlogPress
nak tanya, agak2 tau tak keluasan utk jogging tu berapa. Satu pusingan yang paling dekat ngan tasik tu.agak2 berapa km ek…preparation utk running event kat kl…dok practise jog tp xtau keluasan dia…
hi cik fiz,
saya kurang pasti dengan keluasan dia. maaf kerana tak dapat nak membantu. tapi saya syorkan kalau cik fiz nak jogging jauh sikit, boleh pergi tasik seremban sebab kawasan dia lagi luas.