Sebenarnya dalam banyak-banyak perkara, aku takut bila aku terpaksa jadi orang lain.
Aku yang bukan suka melenting tak tentu pasal.
Aku yang bukan suka jawab “tak tahu” padehal aku sebenarnya patut tahu yang bila aku tak tahu, aku harus mencari jawapannya.
Aku yang lepas tangan dan menganggap sesuatu perkara itu bukan masalah aku.
Aku yang bila melakukan sesuatu kerja itu, buat dengan separuh hati. Sedangkan aku tidak akan pernah mengabaikan dan meninggalkan sesuatu kerja itu separuh jalan. Sebenci manapun aku, aku akan tetap habiskan kerja yang telah aku mulakan itu.
Jadi kenapa orang-orang ini cuba mengubah semua ini dari aku? Pada pandangan mata kamu, semuanya tidak betul. Semuanya harus ikut cara kamu. Apa cara orang lain tidak betul? Bukan semua cara kamu itu tepat dan jitu.
Aku paling tidak suka bila orang yang stress, dan mencampakkan stress itu kepada orang lain. Apakah kamu tidak pernah belajar cara-cara mengawal emosi kamu? Apakah orang lain pada pandangan mata kamu tidak selayak kamu?
Walaubagaimanapun, aku juga berterima kasih kerana tanpa kamu, aku takkan jadi sekuat dan setabah ini untuk menghadapi cabaran dan rintangan yang lebih mencabar di masa hadapan. Sebenci mana pun aku, ia akan hilang ditelan zaman.
- Posted using BlogPress from my iPhone


