Macam dah lama tak jenguk sini. Banyak perkara dan peristiwa berlaku minggu ni. Ada yang baik dan ada yang buruk.
First sekali, hujung minggu ni ada konvo. Alhamdulillah. Aku dah merasa kekecewaan bila ambil degree duluuu… Dah nak habis, sekali ada problem. Nasib baik masih ada semangat mahu recover balik dan ambil course lain after three years. Walaupun aku target first degree, tapi tak dapat, dapat second upper pun jadilah. Masih gembira kerana sekurang-kurangnya aku tahu aku bakal dapat degree. Hehe.
Secondly, result PTD untuk exam 16 julai tempoh hari dah keluar. Alhamdulillah, lulus. Tapi ni baru first step. Takde apa nak dibanggakan sangat. Aku tak study pun. Beria-ia beli buku pengajian am yang tebal gila tu. Akhirnya tak baca pun. Dah la aku gaduh dengan manager aku sebab 17 julai tu aku ada event. Dan dia sebenarnya tak bagi aku cuti pun sabtu 16 julai tu. Tensen aku. Tu la dia suka sangat buat keje last minit tau. Lagipun hari sabtu ok. Dah la hari jumaat sehari sebelum tu aku balik lambat gila dalam pukul 9 malam kot sebab aku tolong dia setel mana-mana yang patut supaya hari sabtu tu dia boleh buat kerja dengan lancar walaupun aku tak ada. Tapi dia tak appreciate pun. Kecit ati.
Nasib baik aku dah berenti. Bagus. Dah dapat keje lain pun. Haha.
Hah, itu yang nombor tiga. Next week dah start keje baru. Nervous jugak. Tapi kita wat lek je! Hahaha. Harap semua berjalan dengan lancar. Amin.
Ok itu aje. Rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah. Ini bukan untuk menunjuk-nunjuk. Cuma
Nak berkongsi je. Tak suka tak apa tak paksa. Takyah keji ok. Rezeki masing-masing. Lain la kalau aku tunjuk cek rm100,000 ke kan. Hahaha.
Okla tu je. Bye!
- Posted using BlogPress from my iPhone


