Hello.
Dulu ada orang pernah memberitahu saya yang meminum air delima ketika mengandung akan membantu anak menjadi lebih bijak.
Entah ye entah tidak teori ini. Sebab selain daripada minum susu untuk ibu2 mengandung, ini juga antara alternatif yang boleh digunapakai. Malah selalu juga dengar teori ‘minum-soya-anak-akan-putih’. Malangnya dongeng semata je.
Anyway, semasa saya mengandungkan faris, saya pernah mengidam mahu minum air delima. Ketika itu sukar untuk mencari buah delima kerana tiada akses dan buahnya agak sukar dicari.
Kebetulan, saya ketika itu bekerja di TTDI, dan semasa bulan puasa, ada yang menjual air buah delima ini. Gembira betul! Jadi saya beli berpeket-peket dan simpan buat stok minum. Ketika itu harganya agak mahal.
Syukurlah sekarang air buah delima mudah didapati, waima 7-11 sekalipun. Terima kasih kepada mereka yang sudi mengimport air ini ke malaysia.

Kalau nak suruh perah air dari buah delima memang tak lah. Susah ok. Tsk.
- Posted using BlogPress from my iPhone

