.
pagi ini saya terjaga awal. 8.30 pagi. pada hari ahad. padehal malam tadi sudah bercita-cita tinggi mahu tidur seharian. haha. kenapalah jam badan saya ini suka mempermain-mainkan saya. cuba buat-buat jaga pada hari-hari biasa seawal ini. kan seronokk. haish.
.
anyway, saya memang bangun awal sebab nak tunggu ayumi datang. sebab saya mintak tolong kat dia belikan saya buku cerk45 kat maskara.
.

cerk45 = cerita ringkas. atau certot = cerita kontot
.
bermula dari Romlah, terus stuck dengan buku-buku dari sindiket sol-jah. kesal kerana tidak kenal mereka dengan lebih awal (cet! apa ayat macam touching gila ni? sila jangan muntah. huwawawa!). jadi Cerk45 ini memang tidak boleh dilepaskan! weh, korang gi beli cepat. kang habis, kempunan tahu. kang lu mintak nak beli buku gua pulak. lu offer kereta ferari pon tak boleh dibandingkan dengan nilai buku-buku ini tahu! hahaha apa aku merepek ni? ah, senang cerita, pegilah beli. lagipun boleh tolong kawan-kawan yang kita suka jugak kan.
.
retetan dari sms yang saya terima semalam dari ayumi.
“buku kau, aku mintak sign sinaganaga tau hehe” ayumi
“Haha owait. ckp kat dia, tulis ‘to landaklaut with love’. huhu” aku
“ala dia dh tulis to ******. hehe. aku dpt sign naga dgn vovin je” ayumi lagi
“ala yeke haha xpe janji dpt dia sign jadikla. huhu. tq bebeh!” aku lagi
.
hahaha mengada betul saya ni.
terasa rugi kerana tidak pernah dapat pergi ke maskara. encik cuz, tolong bawak saya ke sana satu hari nanti please. kalau tak, saya pergi sendiri je. hehe.
.
oh, selain daripada Cerk45, saya juga dapat buku ini dari ayumi.
.

karipap-karipap cinta
.
tengok, masih ada dalam plastik lagi. huhu. ayumi hadiahkan kepada saya. sebetulnya saya nak order kat PTS. tapi tak sempat-sempat gak. dan memandangkan hari tu ayumi pegi kinokuniya, jadi dia belikan saya buku ini. wuuu!! suka suka! kamu tahu tak, buku ini telah dijadikan filem dengan menggunakan tajuk yang sama. [baca di sini]. masih belum ditayangkan lagi. ayumi bagitau, semalam di maskara ada ditayangkan preview tentang filem ini. wuuu.. tak sabar nak tunggu. bila la nak tayang kat panggung ni. eh korang, sebelum pegi tengok, kena baca buku ni dulu tau. i harap hafsham tidak menghampakan i. cewah! hehe.
.
thank you ayumi for both books!! sangat suka!
.
oh, satu lagi. walaupun saya tidak kaya dan hidup biasa-biasa aje, namun saya bersyukur kerana dikurniakan kawan-kawan yang baik. walaupun saya bukan jenis yang ‘touching-touching’, yang bila jumpa kena cium pipi kiri kanan, kena peluk-peluk bagai, namun saya sebenarnya menghargai kawan-kawan saya ini. thank you guys! ailebiu ollls!!!
.
p/s: tengah tunggu tempoyak lak. *ehem*. huhu~
2 Comments | In: books, friends, suka-suka | tags: cerk45, karipap-karipap cinta, maskara, sindiket sol-jah. | #