landaklaut.com
  • Entries
  • Comments
  • Popular
Recent Posts
  • February 2012
  • January 2012
  • December 2011
  • November 2011
  • October 2011
  • September 2011
  • August 2011
  • July 2011
  • June 2011
  • May 2011
  • April 2011
  • March 2011
  • February 2011
Recent Comments
  • landaklaut Haaa apa lagi cepat2 turun kl!! Hahahaha...
  • izadamza aaaaaaaaaaa..you make me crazy la sis. sumpah nak jejak sana...
  • landaklaut Hi Hana, Heheheh ok. Aku cadang nak pegi nxt week lepas dpt...
  • hanakirana Btw. kalau lah kau terjumpa buku2 lama yang best2, toloooong...
  • hanakirana Huwaaarrghhhhhh!!! Nak balik Malaysiaaaaa!...
Popular Articles
  • Griffiths Coffee~ (6)
  • I found a treasure~ (5)
  • Lunch at Chawan~ (2)
  • At last...~ (2)
  • City Park Seremban 2~ (2)
  • Home
  • About Me
  • suprise!
May 26

Takut hantu ke takut tuhan?~

Posted by landaklaut on May 26, 2011 in annoyed, Filem, takde motif | 0 comments

“Encikkk.. Boleh tolong saya encikk?”

Iskhh.. Terngiang-ngiang pulak dialog ni dalam kepala aku. Musibat betullah..

Tadi aku gi tengok Karak. Nak sangat tengok, sebab semua kerja and takde sapa nak teman, aku pegi lah tengok sorang-sorang. Takdelah sorang, ramai laa orang dalam wayang tu. Tapu aku pegi sorang lah. Disebabkan aku paranoid duduk sebelah orang aku tak kenal dalam gelap, jadi aku beli dua tiket dan duduk di couple seat. Siap letak beg kat seat kosong dengan harapan takde hantu duduk situ. Hahaha apakah kenyataan aku ni? Ah abaikan je please.

Anyway back to Karak. Aku malas nak tulis sinopsis dia lagi. Korang pergilah google sendiri tengok kat website lain. Tapi bagi aku part yang seram cuma yang awal-awal je. Yang lain tu seram jugak. Tapi tak seseram yang awal-awal. Yang pasal laki bini yang kereta rosak kat tepi jalan, then laki dia pergi cari orang tolong. Lepas tu ada polis lalu, berhenti dan suruh bini dia keluar kereta tapi jangan toleh belakang. Babikklahh itu memang tak boleh belahhh!!!

Dan lepas tu darjah keseraman aku mula kendur sedikit demi sedikit. Sebenarnya lebih pada rasa sedih dan takut.

Bukan takut pada hantu. Tapi pada tuhan.

Sedih sebab ada satu ayat dalam cerita tu.. “jangan tahu hafal je, tapi tak tahu makna.” Takut sebab rupanya bila dengan hantu, kita lebih takut daripada tuhan.

Sedangkan tuhan itu maha berkuasa. Hantu itu makhluk tuhan juga. Hanya syaitan yang cuba menyesatkan manusia.

Aku rasa malu dengan diri sendiri. Selama ni baca ayat al-quran, aku tak pernah cuba memahami makna disebalik ayat-ayat itu. Ye, kadang-kadang aku baca juga terjemahannya. Perangai ini dapat dari teman dari sekolah dulu. Dia suka baca translation al-quran di waktu lapang berbanding buku lain.

Ya Allah. Terasa kerdilnya aku bila dibandingkan dengan mereka-mereka yang memang memahami, mengingati dan mempraktikkan apa yang ada dari al-quran itu.

Sebenarnya bila cakap pasal takut, ada satu scene dimana watak zura tu baca ayat qursi. Sesiapa yang pernah baca kisah-kisah, mesti pernah baca tentang Syaitan mengajar Abu Hurairah ayat Qursi. Kalimat ini seharusnya dibaca sebelum tidur. Semoga kita dilindungi Allah dari gangguan syaitan sehingga pagi.

Aku pernah kena kacau masa tidur. Aku tengah tidur, then kena kacau. Tak ingat macam mana kejadian tu. Tapi aku paksa diri untuk baca ayat Qursi. Aku boleh rasa ‘benda’ tu tersengih-sengih tengok aku. Tengah-tengah ayat tu, tiba-tiba ‘benda’ tu cakap kat aku, “kau kan tengah period. Mana boleh baca ayat tu.”

Menggelodak terus jantung. Rasa macam nak pecah sebab berdegup laju. Tapi aku baca jugak sampai habis. Sampai aku rasa air mata aku keluar. Padehal aku tengah tidur masa tu. Tak tahu sama ada air mata tu air mata takut atau air mata marah.

Aku tak ingat macam mana aku sedar. Sama ada cuz kejutkan atau aku terjaga sendiri.

Alhamdulillah setakat ni aku belum pernah bertembung dengan hantu. Minta dijauhkan. Sekuat mana aku cuba kuatkan semangat, aku belum kuat iman lagi untuk menghadapi diorang secara berdepan seorang diri.

Jadi dalam movie Karak tu, Zura hadapi hantu-hantu tu seorang diri dengan bantuan Tok Malam yang dok bagi semangat pada dia.

Berjayakah dia selamatkan kawan-kawan dia yang lain? Ending yang tak terjangka. Korang pergilah tengok.

Oh, sheira ayoub boleh pergi jauh. Harap-harap zahiril boleh bagi tunjuk ajar lagi. Shahir ok je, along memang pandai berlakon. Kilafairy pun ok je. Bibir dia memang terjuih camtu. Orang cakap bibir terjuih maknanya masa kekecik dulu dia pakai puting sampai besar. Mesti selalu kena ejek. Sekali dah besar orang kata bibir seksi. Kompius tak??

Oklah itu saja. Panjang cerita kali ni. Kalau ada kesempatan, pergilah tengok. Kalau tak, tunggulah DVD. Aku memang recommend peminat cerita hantu tengok movie ni.

Bye!

- Posted using BlogPress from my iPhone

May 18

aku kupas sebiji-sebiji~

Posted by landaklaut on May 18, 2011 in takde motif | 0 comments

dulu, masa lepas SPM.. (dulu la.. dah berbelas tahun yang lampau. hahaha..), aku adalaa buat kerja-kerja part time ni. salah satu daripadanya ialah kerja kat kiosk jual makanan ringan i.e: air, aiskrim dan jagung dalam cawan. gaji aku sikit je time tu rm2.50 je sejam. which is affordable at that time as a school leaver lepasan SPM dan gaji bulanan dekat rm400. okla tu.

so haritu aku ada baca post Obefiend pasal mesin kupas jagung ni (boleh baca kat sini),

mesin pengupas jagung

teringat aku kat sorang customer aku tu.

antara soalan yang popular ditanya adalah, “dik, macam mana jagung ni boleh jadi sebiji-sebiji camni?”

aku jawab, “oh saya kupas sebiji-sebiji kat belakang kak. tu yang jadi sebutir-sebutir camni”.

……

ok, aku tipu.

yang sebenarnya, ada orang datang selang tiga hari hantar peket-peket jagung yang dah berkupas sebiji-sebiji tu. jadi sebenarnya aku pun tak tahu camana diorang kupas.

mak mertua aku kupas pakai pisau rasanya.

kalau korang malas, boleh beli mesin pengkupas jagung iteww..

ok itu saja entri back to the past aku. bye!

Feb 26

sikit lagi…~

Posted by landaklaut on Feb 26, 2011 in takde motif | 0 comments

i was driving towards the office on morning, using Federal Highway. Then I saw this..

 

Dah separuh bahagian papan tanda ni jatuh. takleh bayang weh aku lalu bawah papan tanda ni, tiba-tiba dia jatuh atas kereta aku. aa.. aduii.. hopefully they wil fix it as soon as possible. -.-”

and most of the people nak datang opis, selalu confius sebab dah tak nampak arah jalan kan. huhu sian..

kaunter pertanyaan~

Disclaimer

segala yang tercatat di dalam blog ini adalah pandangan semata-mata dari saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. sekiranya anda mahu mengcopy-paste mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali kepada blog ini. sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada landaklautdotcom [at] gmail [dot] com. terima kasih.

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Kotak Menjerit!


ShoutMix chat widget

foot print~



to keep this blog alive ^0^~




feedjit~

Designed by Elegant Themes | Powered by Wordpress