Selamat siang semua!
Hari ini aku akan ke indonesia. Jadinya kalau ada kesempatan, aku akan ceritakan pengalamanku di sana ya.
Semoga semuanya sihat-sihat hendaknya.
Bye!
- Posted using BlogPress from my iPhone
Selamat siang semua!
Hari ini aku akan ke indonesia. Jadinya kalau ada kesempatan, aku akan ceritakan pengalamanku di sana ya.
Semoga semuanya sihat-sihat hendaknya.
Bye!
- Posted using BlogPress from my iPhone
Hello.
Dulu ada orang pernah memberitahu saya yang meminum air delima ketika mengandung akan membantu anak menjadi lebih bijak.
Entah ye entah tidak teori ini. Sebab selain daripada minum susu untuk ibu2 mengandung, ini juga antara alternatif yang boleh digunapakai. Malah selalu juga dengar teori ‘minum-soya-anak-akan-putih’. Malangnya dongeng semata je.
Anyway, semasa saya mengandungkan faris, saya pernah mengidam mahu minum air delima. Ketika itu sukar untuk mencari buah delima kerana tiada akses dan buahnya agak sukar dicari.
Kebetulan, saya ketika itu bekerja di TTDI, dan semasa bulan puasa, ada yang menjual air buah delima ini. Gembira betul! Jadi saya beli berpeket-peket dan simpan buat stok minum. Ketika itu harganya agak mahal.
Syukurlah sekarang air buah delima mudah didapati, waima 7-11 sekalipun. Terima kasih kepada mereka yang sudi mengimport air ini ke malaysia.

Kalau nak suruh perah air dari buah delima memang tak lah. Susah ok. Tsk.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Hey,
selamat tahun 2012.
Oh hari ni dah 4 haribulan januari kan.
Aku sebenarnya berazam untuk menulis di blog ni setiap hari. Bermakna akan ada 366 post. Konon boleh celen saharil.com. Tapi malangnya aku dah terlepas 3 hari pertama. Jadi lantaklah kan. Janji berupdate. Oklah aku cuba update lebih kerap. Tu pun kalau aku tak busy. Kerja baru sekarang memang busy nak mampos. Takpela. Aku harap dgn kebizian aku, bos aku nampak la ketekunan aku membuat kerja dia.
So azam tahun baru ialah untuk datang lebih awal dan tidak lambat ke ofis. Aku memang ada masalah masa. :/
Anyway korang dah beli ke belum majalah Eh! Keluaran Januari 2012? Aku dah. Ceh. Apabenda yang aku cuba sampaikan sebenarnya? Oh begini. Kalau kamu peminat saharil (ye, saharil. Apa? Tak kenal? Boleh jengah blog dia kat sini), dia sudah kembali menulis di Eh! Tajuk novel bersirinya kali ini ialah Manual Putus Cinta.

Dulu saharil pernah menulis Fashionista, juga di Eh! Kisah adik-beradik yang buat pembedahan surgeri (aku pun dah tak ingat.). Bak kata dia, bila tulis bersambung-sambung ni kadang-kadang boleh terpesong juga ceritanya. Makin lama makin jauh dari asal.
Ini juga azam baru. Untuk membeli Eh! setiap bulan.
Ah. Pukul 2 pagi. Azam yang pertama itu perlu dilaksanakan esok.
Ok selamat tidur semua.
- Posted using BlogPress from my iPhone
I do believe that whatever you do in live, you must have at least a bit of interest in it. Don’t force yourself, although trying out new things might not harm you, but make you a better person by learning from your mistake.
Once, a friend told me..
“it’s just a pay cheque. If you don’t feel happy anymore and don’t have the heart, tender your resignation letter, take the opportunity to do things that you like and can afford to..”
Oh, i did. And i feel good about it. Would u do the same too?
- Posted using BlogPress from my iPhone
So have you watched Songlap?
If you don’t, you should watch it.
Here’s a trailer of the movie to give you an idea what the movie is all about::
“Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.
Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.
AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.
Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.
Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?”
–dipetik daripada sinopsis filem Songlap di Songlapmovie.com
sekiranya anda mahu menonton sisi lain Shaheizy Sam, silalah tonton filem ini. Boleh dikatakan, ini adalah lakonan terbaik Sam setakat ini (selain daripada drama Pa’e dan Asmaradana). Saya sebenarnya kurang gemar Sam berlakon watak komedi. Namun mungkin dia mahu mempelbagaikan watak lakonannya. Jadi kita layankan ajelah. Mungkin bila dah tua sikit, dia akan dapat watak lelaki tua bergelak dato’ dan gatal. Siapa tahu kan.
Bagi Shafie Naswip pula, lakonannya tidak pernah mengecewakan sejak dari Mukhsin lagi. Sekurang-kurangnya dia dapat lari dari bayangan filem-filem Allahyarham Yasmin Ahmad. Ini juga adalah satu bentuk kemajuan bagi diri dia dalam bidang lakonan; mencuba watak yang berlainan.
Begitu juga dengan Sara Ali yang saya kenali dari filem Penunggu Istana. Anyway dalam penunggu istana, sara nampak lebih real sampai saya tertipu (cis).
Dengan dibantu oleh watak-watak lain, cerita ini digarap dengan kemas oleh Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak yang pernah menerbitkan filem dan drama Kami.
Sekiranya anda mahu menonton sebuah filem yang anda boleh kaitkan dengan isu semasa dan realiti, ini adalah filemnya. Tiada happy ending di atas kapal mewah berpelukan atau sad ending seperti semuanya mati tiada yang hidup. Bagi saya endingnya berada di tengah-tengah.
Pendek kata, cerita ini sebenarnya mengajar kita untuk lebih menghargai keluarga, kawan-kawan dan juga yang tersayang. Semoga dengan apa yang ditunjukkan di dalam filem ini dapat membuka mata generasi dan masyarakat masa kini tentang masalah sosial yang kita hadapi, dan bagaimana kita tidak seharusnya menjatuhkan hukuman ke atas seseorang itu tanpa diketahui sebab musababnya kenapa ianya berlaku kepada empunya diri.
- Posted using BlogPress from my iPhone