Ohai!
Apa habaq semua? Cewah tiba-tiba speaking utara. Sebab sultan kedah bakal naik takhta lagi jadi Yang Dipertuan Agong.
Anyway hari ni selangor cuti. Jadi kl memang super jam. Tak faham betul. Each time selangor cuti, kl mesti jem. Adakah orang selangor memang turun kl asal cuti? Kenapa korang tak pergi negeri lain je? Kenapa korang tak boleh duduk rumah diam-diam? Hahaha banyak songeh pulak. Aku saja je tu.
Anyway hari ni officemate aku bawak aku gi jalan-jalan. First, makan kat gerai minang. Nak pergi sana memang sangat jauh. Kena menapak.
Lepas dah menapak, officemate aku ajak gi kedai jajan. Kedai ni jual segala mak neka makanan ringan dan barang-barang party untuk kanak-kanak. Fuhh best betul! Dah la murah.
Lepas dah membeli, on the way balik tiba-tiba aku gatal tangan nak masuk satu kedai ni. Sebab kedai ni macam tertutup je pintu dia. Sekali tengok dari luar mesti tak boleh nak agak ni kedai apa kalau tak tengok signboard.
Buka-buka pintu je, aku jadi separa tak betul. Nasib baik masih waras. Tengoklah gambar-gambar ni::

Ta-daaahhh!!


One of the book store people.

Not just english books, novel melayu pun ada. Nampak tak yang warna hijau tu? Novel ahadiat akashah.
Rambang mata kan? Aku beli comic archie, 3 keping rm10. Ini kedai mamak memang selalu jual gini. Ada few books yang aku nak beli. Tapi in the end, aku beli buku ni dulu::

Cetakan pertama, 1964.
Ini memang cetakan yang asal.
Sedapnya bau buku.
Buku ni tak tebal pun. Nipis je. Aku beli sebab nak baca and nak simpan.
Any types of books yang korang nak cari, insyaAllah boleh jumpa kat sini. Cuma kena rajin la nak cari. Most books dibalut dengan plastik untuk menjaga kualitinya.
Oh. Untuk sesiapa yang berminat nak jenguk kedai ni, ni business card dia (aku malas nak taip)

Aiseh terbalik lak ahhaha pandai-pandailah korang pusingkan kepala. Hahaha. Kedai ni letaknya satu jalan dengan Reggae Mansion. Jalan Tun Tan Siew Sin atau nama lama dia Jalan Silang. Depan RHB. Kedai ini dibuka setiap hari kecuali ahad. Isnin dari jam 8.30am ke 5.00pm, selasa hingga jumaat 8.30am ke 6.00pm, dan sabtu 8.30am ke 2.00pm. Hari ahad tutup.
Keep telling myself that I will come back and buy more books from here!
See, told you around my office ada benda-benda menarik!
- Posted using BlogPress from my iPhone


