landaklaut.com
  • Entries
  • Comments
  • Popular
Recent Posts
  • May 2012
  • April 2012
  • March 2012
  • February 2012
  • January 2012
  • December 2011
  • November 2011
  • October 2011
  • September 2011
  • August 2011
  • July 2011
  • June 2011
  • May 2011
  • April 2011
  • March 2011
  • February 2011
Recent Comments
  • tuan tanah Ada satu lagi, aku jumpa dalam FB: Kenapa kita sebut 'shut u...
  • landaklaut Haaa apa lagi cepat2 turun kl!! Hahahaha...
  • izadamza aaaaaaaaaaa..you make me crazy la sis. sumpah nak jejak sana...
  • landaklaut Hi Hana, Heheheh ok. Aku cadang nak pegi nxt week lepas dpt...
  • hanakirana Btw. kalau lah kau terjumpa buku2 lama yang best2, toloooong...
Popular Articles
  • Griffiths Coffee~ (6)
  • I found a treasure~ (5)
  • Lunch at Chawan~ (2)
  • At last...~ (2)
  • City Park Seremban 2~ (2)
  • Home
  • About Me
  • suprise!
Jan 6

If efisyen is your middle name, then NOT is your first name~

Posted by landaklaut on Jan 6, 2012 in Uncategorized | 0 comments

Nak luahkan kat sini sebab kalau aku bercakap dengan my peers, nanti kecoh je.

Nak marah betul dengan orang yang tak efisien ni. Kau dah tahu ada orang yang memang tak boleh nak datang ikut time kau, takkan kau nak paksa-paksa dia datang pulak? Kau ingat dia peduli?

Lepas tu pulak kau buat aku ni macam budak-budak. Ingat sikit wey, kita dah tahap rakan sekerja walaupun taraf kau lebih tinggi dari aku tapi tak bermaksud aku ni kuli kau.

Kau dah tahu nak benda-benda ni cepat kenapa kau tak bagitahu awal-awal. Kenapa kau tak buat plan B. Kenapa kau takde plan untuk crisis? Kenapa? Kau dah tahu ni first time aku kenapa kau takde inisiatif nak guide dari awal? Kenapa kau dah hujung-hujung baru nak tanya? Kantoi sudah kau pun buat kerja last minute.

Ah penat lah nak fikir. Aku nak bercuti tenangkan fikiran. Ada pulak orang yang tak senang duduk tengok orang lain senang.

Pendek kata, lepas ni takde dah. Aku takkan rekemen dah kat orang lain jugak. Seriously.

Menyampah. Aku cakap direct kang padan muka kau.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Jan 5

Waduh waduh!~

Posted by landaklaut on Jan 5, 2012 in Uncategorized | 0 comments

Selamat siang semua!

Hari ini aku akan ke indonesia. Jadinya kalau ada kesempatan, aku akan ceritakan pengalamanku di sana ya.

Semoga semuanya sihat-sihat hendaknya.

Bye!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Jan 5

Bak Delima Merekah~

Posted by landaklaut on Jan 5, 2012 in Uncategorized | 0 comments

Hello.

Dulu ada orang pernah memberitahu saya yang meminum air delima ketika mengandung akan membantu anak menjadi lebih bijak.

Entah ye entah tidak teori ini. Sebab selain daripada minum susu untuk ibu2 mengandung, ini juga antara alternatif yang boleh digunapakai. Malah selalu juga dengar teori ‘minum-soya-anak-akan-putih’. Malangnya dongeng semata je.

Anyway, semasa saya mengandungkan faris, saya pernah mengidam mahu minum air delima. Ketika itu sukar untuk mencari buah delima kerana tiada akses dan buahnya agak sukar dicari.

Kebetulan, saya ketika itu bekerja di TTDI, dan semasa bulan puasa, ada yang menjual air buah delima ini. Gembira betul! Jadi saya beli berpeket-peket dan simpan buat stok minum. Ketika itu harganya agak mahal.

Syukurlah sekarang air buah delima mudah didapati, waima 7-11 sekalipun. Terima kasih kepada mereka yang sudi mengimport air ini ke malaysia.

Kalau nak suruh perah air dari buah delima memang tak lah. Susah ok. Tsk.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Jan 4

Selamat Tahun Baru 2012~

Posted by landaklaut on Jan 4, 2012 in Uncategorized | 0 comments

Hey,

selamat tahun 2012.

Oh hari ni dah 4 haribulan januari kan.

Aku sebenarnya berazam untuk menulis di blog ni setiap hari. Bermakna akan ada 366 post. Konon boleh celen saharil.com. Tapi malangnya aku dah terlepas 3 hari pertama. Jadi lantaklah kan. Janji berupdate. Oklah aku cuba update lebih kerap. Tu pun kalau aku tak busy. Kerja baru sekarang memang busy nak mampos. Takpela. Aku harap dgn kebizian aku, bos aku nampak la ketekunan aku membuat kerja dia.

So azam tahun baru ialah untuk datang lebih awal dan tidak lambat ke ofis. Aku memang ada masalah masa. :/

Anyway korang dah beli ke belum majalah Eh! Keluaran Januari 2012? Aku dah. Ceh. Apabenda yang aku cuba sampaikan sebenarnya? Oh begini. Kalau kamu peminat saharil (ye, saharil. Apa? Tak kenal? Boleh jengah blog dia kat sini), dia sudah kembali menulis di Eh! Tajuk novel bersirinya kali ini ialah Manual Putus Cinta.


Sengaja ambil bahagian ini sahaja. Kalau mahu baca selanjutnya, kena belilah. Hehe.

Dulu saharil pernah menulis Fashionista, juga di Eh! Kisah adik-beradik yang buat pembedahan surgeri (aku pun dah tak ingat.). Bak kata dia, bila tulis bersambung-sambung ni kadang-kadang boleh terpesong juga ceritanya. Makin lama makin jauh dari asal.

Ini juga azam baru. Untuk membeli Eh! setiap bulan.

Ah. Pukul 2 pagi. Azam yang pertama itu perlu dilaksanakan esok.

Ok selamat tidur semua.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Dec 20

Do you have the heart?~

Posted by landaklaut on Dec 20, 2011 in Uncategorized | 0 comments

I do believe that whatever you do in live, you must have at least a bit of interest in it. Don’t force yourself, although trying out new things might not harm you, but make you a better person by learning from your mistake.

Once, a friend told me..

“it’s just a pay cheque. If you don’t feel happy anymore and don’t have the heart, tender your resignation letter, take the opportunity to do things that you like and can afford to..”

Oh, i did. And i feel good about it. Would u do the same too? :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

« Older Entries
Next Entries »

kaunter pertanyaan~

Disclaimer

segala yang tercatat di dalam blog ini adalah pandangan semata-mata dari saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. sekiranya anda mahu mengcopy-paste mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali kepada blog ini. sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada landaklautdotcom [at] gmail [dot] com. terima kasih.

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Kotak Menjerit!


ShoutMix chat widget

foot print~



to keep this blog alive ^0^~




feedjit~

Designed by Elegant Themes | Powered by Wordpress