July 19th, 2010
mantra (semerah padi)~
**poster thanks to Pereka Cerita
.
pegi berdating dengan ayumi jumaat lepas. side-kick tengok cerita hantu. kali ni konon nak tengok cerita mantra. sumpah aku terpedaya dengan kata-kata manis David Teoh (saya sudah labur itu POWER yakni duit untuk kasi mantap ini cerita). so nak tengok sama ada worth it atau tidak pelaburan dia dan juga aku dan ayumi itu. huhuhu.
.
oklah. aku letak as nombor ye. malas la nak mengarang.
1. zul handyblack sangat kayu.
2. ade babak naruto. eh, ke avatar. haha. tapi memang adelah.
3. diorang kecoh-kecoh ana dahlia (pelakon baru) tu separuh bogel. sebenarnya yang bogel adalah zul handyblack. aku tengok, sikit lagi dah rupa macam dugong. motif nak tunjuk dia bogel?oh, konon2 dia mati lemas lah. haha. ok.
4. ana dahlia berlakon lebih bagus sebenarnya berbanding Shikin dalam Lagenda Budak Setan. tapi watak dia sangat sedih. asyik menangis je. balik-balik nangis. pastu sangat slow-mo. sesuailah dia sebagai ‘bunga’ yang menjadi rebutan jejaka di kampung.
5. seolah-olah dalam kampung tu cuma ada 4 orang perempuan sahaja – mak ani, ani, bini pak long yang cun melecun dan anak ketua kampung. yang lain macam tak wujud.
6. 18sx – tapi babak yang patut tunjuk part-part ngeri yilek pon.sipi-sipi je. setakat tunjuk tangan orang tu berdarah, berlubang, tunjuk sekali imbas je ade ulat-ulat. ngeri bebenor ke. tak lepas lembaga penapisan pilem mungkin. penat je tukang mekap buat luka-luka cedera dengan ulat-ulat tu.
7. tak seram. babak bergaduh antara muzir dan hasbe seolah-olah macam dragon ball. kame hame haaaa!!
8.bini pak long yang dah dirasuk hantu, mati lepas diterajang oleh ustaz. siap baring atas bantal ok. tak tahan betol. hahaha~
9. hantu serupa macam pokok. kadang-kadang macam selut bergerak. tak macam hantu yang biasa-biasa.
10. muzir ada ilmu mata. aku pun nak jugaklah. boleh lempang orang guna mata dari jauh. hahahaha~
11. cerita momok lagi seram.
12. oklah. kemas sikit dari cerita congkak. props sangat bagus (rumah2 kampung lama. kat gerik kot), sound effect pun ok (david kata dia guna dolby sound. kena tgk kat wayang saja – ape guna beli tv HD. hahaha), CGI dia pun santek. silap-silap esok david teoh kata nak buat 3D pulak. wah wah wah~
.
ok. so rasa-rasa nak pegi, pegila. tapi bagi aku, cerita ini mudah dilupakan. gua kasi 2 bintang saja.
.



