can i cry on your shoulder? i don’t want you to be my wall. thanks.~


.

aku macam ada rasa ralit sikit bila nak bekerja dalam satu keadaan yang kelam kabut. kadang-kadang bila bekerja dalam satu kumpulan yang besar yang tiada persefahaman, ia bukanlah satu keadaan yang bagus untuk semua orang. walaupun kita boleh berbincang, tapi kalau satu pihak lagi tak mahu berbincang, useless jugak.

.

last week baru buat assignment pasal listening skill. kau tahu, 80% masa kau berjaga dalam satu hari adalah untuk berkomunikasi. terpulanglah kau berkomunikasi satu atau dua atau sepuluh arah sekalipun. sama ada berkomunikasi secara maya atau telepati. atau kau ada kuasa ESP yang dapat predict perkara yang bakal terjadi.

.

anyway, speaking of listening. semua orang boleh menjadi pendengar. tapi bukan semua orang itu pendengar yang hebat. kalau kau setakat pasang telinga tapi kepala ke mana, mata ke mana, itu bukan pendengar namanya. itu dinding. (penat je aku cakap dengan kau. tapi tak ada respon. baik aku cakap dengan dinding! – exhibit A).

.

bila mendengar, walaupun kau tahu tentang perkara tersebut, tapi dengar je apa orang tu nak cakap sampai habis. mana tahu dia ada idea yang ber(as)nas(ional) ke kan. kau boleh guna pakai idea tu. dan mungkin masalah tu dapat selesaikan dengan lebih baik lagi.

.

ini yang jadi kat kumpulan yang aku baru je join. baru hari pertama, aku dah rasa aura-aura yang tidak baik. ada je aku dengar classmate aku mengeluh. tapi aku ingatkan diri je. walau teruk macam mana sekalipun kerja dia, kita kasi dia peluang dulu. bagi dia masa untuk betulkan keadaan. sebab dalam kedudukan dia sekarang, aku tak rasa ramai yang nak berada di situ. kalau bagi jawatan tu kat orang lain, i bet masing-masing akan duduk diam membatu tak mahu pun tawar diri.

.

cumanya dalam setiap kumpulan itu mestilah ada kumpulan yang tak puas hati. mereka ini penting sebab setidak-tidaknya kalau ada sebarang kesilapan atau kelemahan, diorang akan bagitau. jadi kita boleh ambil kira sama ada mahu ubah atau tidak.

.

itulah sebabnya listening skill itu amat penting. pendengar yang bagus adalah mereka yang mendengar dan memberi respon kepada apa yang didengar. jika tidak, macam aku cakap tadi, baik kau jadi dinding je.



Got A Question? Hit me!~

to keep this blog alive ^0^~

komen~

the latest~

drum roll

Blogroll

kotak simpanan~

feedjit~